Thursday, May 14, 2015

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum wbt,

Sebulan yang lepas saya bercerita-ceriti dengan Faiz (Qari) dan Mujahid (artis). Topik utamanya kemudahan komputer di bilik guru. Saya menyuarakan hasrat sekiranya mereka (batch SPM 2014) boleh menghadiahkan sebuah komputer untuk kami. Saya sebutkan beberapa item di bilik guru yang disumbangkan oleh pelajar-pelajar sebelum ini. Contohya komputer yang disumbangkan oleh pelajar kelas 501 masa teacher Mona jadi guru kelas (maaf tak ingat tahun bila) juga peti ais yang disumbang oleh pelajar 501 masa ustazah Zaidah jadi guru kelas (juga tak ingat tahun bila).. Beberapa hari kemudian Faiz mengirim "wassap" memberitahu mereka akan menghadiahkan kami sebuah komputer sempena hari guru tahun ini. Syukur... Alhamdulillah. Terima kasih anak-anak SPM 2014.

Petang semalam Faiz "wassap" lagi memberitahu mereka akan menghadiahkan dua buah komputer yang lengkap... terharu sangat, sungguh! Beruntungnya ibu bapa mereka, punyai anak-anak yang prihatin pada gurunya, beruntungnya kami sebagai guru di sini. Masyaallah.... saat menulis entri ini hati saya sangat sebak, mahu menitis air mata.

Sungguh... rezeki tidak siapa yang tahu.. Sebuah komputer lagi saya mohon untuk diletakkan di Bilik Bahasa untuk kemudahan aktiviti bahasa Melayu dan bahasa Arab.
Saat ini kami sedang menanti kiriman itu dengan senyum di hati... Selamat hari Guru semua.

"Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak"


No comments:

Post a Comment