Thursday, May 14, 2015

Buat semua anak didik... mengenang memori zaman persekolahan


Selamat Hari Guru

Assalamualaikum wbt,

Sebulan yang lepas saya bercerita-ceriti dengan Faiz (Qari) dan Mujahid (artis). Topik utamanya kemudahan komputer di bilik guru. Saya menyuarakan hasrat sekiranya mereka (batch SPM 2014) boleh menghadiahkan sebuah komputer untuk kami. Saya sebutkan beberapa item di bilik guru yang disumbangkan oleh pelajar-pelajar sebelum ini. Contohya komputer yang disumbangkan oleh pelajar kelas 501 masa teacher Mona jadi guru kelas (maaf tak ingat tahun bila) juga peti ais yang disumbang oleh pelajar 501 masa ustazah Zaidah jadi guru kelas (juga tak ingat tahun bila).. Beberapa hari kemudian Faiz mengirim "wassap" memberitahu mereka akan menghadiahkan kami sebuah komputer sempena hari guru tahun ini. Syukur... Alhamdulillah. Terima kasih anak-anak SPM 2014.

Petang semalam Faiz "wassap" lagi memberitahu mereka akan menghadiahkan dua buah komputer yang lengkap... terharu sangat, sungguh! Beruntungnya ibu bapa mereka, punyai anak-anak yang prihatin pada gurunya, beruntungnya kami sebagai guru di sini. Masyaallah.... saat menulis entri ini hati saya sangat sebak, mahu menitis air mata.

Sungguh... rezeki tidak siapa yang tahu.. Sebuah komputer lagi saya mohon untuk diletakkan di Bilik Bahasa untuk kemudahan aktiviti bahasa Melayu dan bahasa Arab.
Saat ini kami sedang menanti kiriman itu dengan senyum di hati... Selamat hari Guru semua.

"Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak"


Monday, March 7, 2011

terima kasih

sudah lama saya tidak menulis. terima kasih kepada pengikut setia blog saya. walaupun tidak ada post yang baru lebih kurang setahun tapi masih lagi menjadi pengikut yang setia.

Wednesday, January 6, 2010

nur damia aleya



kakak dah sekolah kat tadika naim taman bukit jati. pada mulanya kakak tak nak sekolah sebab nak duduk rumah tengok play house disney tapi bila dah dibelikan pencil box dan botol air mini mouse semangat pulak. hari pertama sekolah kakak sangat teruja. satu rumah sofia kejar nak buku dan pensil kakak. tapi kakak suruh adik pergi sekolah sendiri. hari pertama abah hantar dan ambil. hari kedua abah hantar dan ikut kakak naik van. hari ketiga terus naik van, masa balik tertidur sebab katanya letih banyak sebab kakak banyak main kat sekolah. pada hal tidur lambat tengok kartun. semalam dia tidur awal. agaknya mengantuk kena bangun pukul 7 pagi. selalu bangun dekat pukul 12. anak saya dah besar rupanya. dah masuk sekolah. tandanya saya dah berusia. dah ada anak sekolah. tak sabar nak ada cucu pulak..... heeeeeeeeeeeeeee!

Tuesday, December 8, 2009

nur dania safiya


Masa mengandungkan Sofea saya sangat aktif. Saya menjadi guru penasihat pasukan bola jaring sekolah. Kadang-kadang saya turut sama berlari dan melompat dengan pelajar. Masa tu saya tidak tahu saya mengandung. Habis pertandingan bola jaring baru saya tahu saya mengandung dua bulan.
Selepas itu saya terlibat dengan pasukan bahas dan pidato. Saya selalu menemani pelajar berlatih dan mengiringi mereka ke pertandingan. Semasa kandungan saya lapan bulan saya mengiringi peserta pidato peringkat kebangsaan selama lima hari di Putrajaya. Roomate saya semasa menginap di Hotel Empress Sepang sentiasa berjaga-jaga takut saya sakit perut hendak bersalin.
Hari kelima puasa saya sakit perut semasa berbuka puasa di Restoran Linda Onn ( My moms chicken rice kot) seksyen 7 Shah Alam. Saya masih bertahan tidak mahu ke hospital. Suami saya bekerja malam. Keesokannya lebih kurang pukul 5.00 petang barulah saya ke klinik bersalin An-Nur Seksyen 6 Shah Alam.
Masa saya sampai doktor masih belum datang. Masa tu bukaan baru 2cm. Selepas Maghrib barulah masuk ke labour room. Sepatutnya doktor datang pukul 9.00 malam tapi dia datang awal sedikit. Selepas azan Isyak lebih kurang pukul 8.23 malam Sofea selamat dilahirkan.
Beratnya cuma 2.83kg. Sakitnya Tuhan saja yang tahu. Banyak dosa dengan suami agaknya.
Semasa dalam pantang Sofea tidak banyak ragam. Masa tu saya ada pembantu tapi pada waktu siang sahaja.
Selepas dua minggu kelahiran suami saya menelefon dari pejabat pendaftaran. Sedang mengisi borang pendaftaran kelahiran. Lima minit sahaja kami berfikir memilih nama bayi.
Selepas habis pantang Sofea mula meragam. Dia selalu menangis sampailah sekarang. saya tidak tahu kenapa. Bangun tidur menangis, mandi menangis, makan menangis, pakai baju menangis.....
Tapi dengan pengasuhnya dia jarang menangis.
Sofea sangat menguji kesabaran saya. Dia sangat lasak. Pada usia sepuluh bulan dia sudah dapat berjalan. Tapi sampai sekarang masih belum dapat bercakap seperti rakan seusianya. Orang kata kalau cepat berjalan lambat bercakap.
Satu hari kawan dari kampung datang bermalam. Dia memuji saya kerana tahan dengan karenah Sofea. Masa tu umur Sofea setahun lebih dan saya tengah sarat mengandung anak ketiga.
Katanya memang sesuai Sofea jadi anak saya. Kalau jadi anak dia mesti dah glamer keluar TV kes ibu dera anak.
Sofea memang nakal. Seperti anak lelaki saya rasa. Kalau minum, air ditumpahkan. Kalau makan, makanan ditaburkan. Pantang buka pintu, terus meluru keluar tanpa kasut. Main segala macam benda. Pantang jumpa air, habis basah semua. Kalau mandi segala bear dimandikan bersama. Sabun kalau dibiarkan boleh habis satu botol.
Pendek kata, segala tempat dia panjat. Segala benda dia curahkan. Minggu lepas dia hancurkan compact powder saya.... hancur.
Hari ni paling sedih saya rasa. Kebetulan saya beli kek. Coklat Cheese Cake. Baru makan sepotong dengan anak-anak. Saya letak di meja makan. Baru tadi perasan, saya terlupa anniversary perkahwinan kami pada 30 November. Hari ni dah 8 haribulan baru saya teringat.
Nasib baik beli kek. Saya dah sms suami pasal hal tu.
Sofea dan kakaknya sedang menonton TV rancangan kegemaran mereka "Shaun The Sheep".
Saya naik ke atas memasang cadar bilik mereka. Dalam sepuluh minit rasanya. Bila saya turun Sofea sedang meramas kek tadi. Dah tak nampak rupa kek, hancur lebur. Saya tak terkata. Sofea tersengih-sengih menghulurkan tangan. Saya dukung Sofea ke bilik air dan basuh tangannya. Saya telefon suami dan mms gambar kek hancur.
Itulah Sofea, anak saya.